Quantcast
Channel: Blog Rasmi PPIM
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7150

3736) SUKAR BERNAFAS CABARAN SUKAR – PENDAKI SOLO – UTUSAN MALAYSIA – 22/5/2017

Previous: 3735) Ramadan bakal tiba dalam tempoh kurang seminggu. Mengenang Ramadan tahun lalu, penulis melaluinya ketika sarat mengandungkan zuriat sulung. Alhamdulilah, tempoh itu Berjaya ditempuhi dengan baik biarpun pada hari pertama Ramadan penulis terpaksa berulang-alik ke klinik sebanyak tiga kali untuk memeriksa kadar gula dalam darah. Keputusan ujian darah pada sebelah pagi dan petang adalah normal tetapi pemeriksaan kira-kira sejam selepas berbuka puasa mendapati kandungan gula dalam penulis agak tinggi. Semuanya gara-gara tiga gelas air tebu dan makanan lain yang dijamah ketika berbuka puasa tanpa rasa bersalah. Keputusan ujian itu juga turut memakan diri sendiri kerana penulis bukan sahaja merisikokan diri dan kandungan tetapi terpaksa berulang-alik ke klinik setiap minggu untuk melakukan ujian yang sama tiga kali iaitu pada pukul 8 pagi, 2 petang dan 8.30 malam. Insiden itu menjadi pengajaran supaya penulis lebih berhati-hati ketika memilih juadah berbuka puasa dengan mengurangkan pengambilan makanan dan minuman bagi memastikan kadar gula dalam darah terkawal. Bagaimanapun, sukar untuk menepis godaan pelbagai jenis makanan yang biasanya hanya ditemui pada Ramadan sama ada di bazar Ramadan ataupun di restoran dan hotel. Godaan kepelbagaianmenu tidak hanya kerana tarikan hidangan tersebut sebaliknya ia lebih kepada “balas dendam” kerana tidak dapat menikmati makanan seharian menyebabkan orang ramai membeli hidangan melampui had yang boleh dimakan. “ Bulan puasa memberi peluang untuk kurangkan makan, kurang membazir dan membuat amalan yang baik-baik serta berjimat cermat. Jangan pula kita satukan makanan yang kita tidak dapat makan selama seharian berpuasa secara berlebihan pada waktu berbuka puasa,” ujar Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan. Jelasnya, kebanyakkan orang yang berpuasa akan tertarik untuk merasa semua jenis makanan ketika lapar tetapi apabila tiba waktu berbuka, mereka hanya boleh makan pada kadar yang diperlukan sahaja. Selebihnya dibazirkan begitu sahaja. Menurutnya, bulan Ramadan perlu dimanfaatkan untuk mendidik diri menjaga kesihatan dengan menjaga kesihatan dengan mengurangkan pengambilan makanan berlebihan.
$
0
0
                             UTUSAN MALAYSIA 22.5.2017
Sepang 21 Me – Berdepan cuaca pada suhu negative 20 darjah Celcius tidak menjadi penghalang untuk pendaki solo, Mohd. Noor Mat Amin meneruskan impian menawan tujuh puncak Banjaran Himalaya dalam tempoh 28 hari. Lebih mengagumkan, tujuh puncak itu berada pada ketinggian melebihi 5,000 meter. Tujuh puncak yang berjaya didaki itu bermula dengan Nargajun setinggi 5,100 meter, Chukung Ri 5,500 meter, Kongma La Pass 5,500 meter, Kem Pangkalan Everest 5,364 meter, Khalapattar 5,550 meter, Chola-La Pass 5,420 meter dan berakhir di Gokyo Ri 5,357 meter. Beliau ketika ditemui sebaik sahaja tiba di tanah air berkata, factor cuaca yang sejuk menyukarkannya mendapat oksigen secukupnya adalah cabaran utama dihadapi dalam melengkapkan misi tersebut. “ Ada ketikanya saya terpaksa memberhentikan pendakian kerana perlu mengawal pernafasan, jika tidak ia akan membahayakan nyawa. “ Namun saya tidak boleh terlalu banyak berhenti bagi mengelakkan berdepan hujan salji yang pastinya akan menyebabkan pendakian turut terhenti,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini semalam. Ketibaan pendaki solo itu disambut oleh wakil Pegawai Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Mohd. Mustaffa Hamzah dan Pengarah Kreatif Yayasan Patriot Negara, Yann Razal. Mohd. Noor yang merupakan jurufoto Utusan Malaysia memulakan misi Menawan beberapa puncak gunung di Banjaran Himalaya sejak 23 April lalu. Bercerita lanjut, menurutnya, beliau tidak terlepas daripada berdepan situasi mencemaskan apabila mengalami kecederaan frostbite (kecederaan kerana sejuk) pada salah satu jari tangannya ekoran tergelincir ketika menuruni puncak keenam iaitu Chola-La Pass. Berikut kecederaan itu, beliau terpaksa berehat seketika bagi mendapatkan rawatan dan menurut pegawai perubatan yang merawatnya frostbite dialami itu adalah pada tahap yang membahayakan. “ Saya diminta berehat tetapi kerana semangat untuk meneruskan cabaran tujuh puncak iaitu Alhamdulilah, saya dapat tanganinya dan kecederaan ini semakin pulih,” katanya. Beliau berkata, meskipun terpaksa mengharungi cabaran sukar, ia tidak melunturkan semangatnya untuk terus melakukan pendakian pada usia yang telah mencecah 50 tahun.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7150